EHEM EHEM


Sapu-sikit belog ni. Atototot dah berhabuk tebal dah nih. Ok , lama sangat tak update, Yela, tak tahu nak bercerita apa.

ALHAMDULILLAH

DAH TAHUN 2012




Azam baru? 

Sorry, wa tak layan azam azam ni semua. Dulu time tak matang dulu adalah azam azam bagai ni. Antara azam yang femes dan yang pernah aku buat :

* saya nak belajar rajin-rajin tahun ni
* saya tak nak ponteng kelas dah. SUMPAH!
* saya nak lulus PMR
* saya nak score SPM
* saya nak jadi kurus!
* saya tak nak lawan cakap mak saya
* saya nak berjaya dalam hidup.
* saya nak single je. tak mau couple couple. HARAM!(puih)

Sebenarnya banyak lagi kan. Aku bukak FB pun bersepah orang post pasal azam baru. Mcam lah boleh tercapai. Ok, aku tahu la mesti ada yang betul-betul nak capai azam baru kan. Tapi untuk orang macam aku, memang tak la. 

Niat dalam hati nak start azam 1 Januari.

Eh, 2 Januari la.
Eh, 3 Januari la.
Ok, janji bulan Februari start.
Sumpah nak start Mei.

Last sekali, ok tak pelah, start tahun depan je. 

Ok, tu lah aku. memang azam aku tak pernah nak tercapai. Asyik tertangguh je. 

TAPI TAPI TAPI

Aku berharap sangat korang korang korang punya azam akan tercapai ok? INSYAALLAH

Tahun 2011 sangat bermakna bagi hidup aku. Banyak benda yang jadi yang dah ubah hidup aku. Ya, sangat banyak. HEHE.

* Result SPM aku. Alhamdulillah dengan berkat Allah, mama papa, dan usaha aku sendiri, aku dapat capai yang aku nak

* Dapat jejak  PUNCAK ALAM memang perkara yang paling tak dapat aku lupa dalam hidup aku. Kawan baru, pengalaman baru, cara belajar yang baru. pakwe baru? nom nom nom. Mana. Tak pernah percaya yang aku dah jejak universiti. Ehem. Nampak tak yang aku dah besar kat situ? HEHE

* Birthday aku tahun lepas disambut dengan begitu meriah sekali. Sangat terharu. Aku tahu, sebab result aku kan. Ce kalau result aku tak elok. KONPOM tak dek sape nak layan birthday aku



Tu jer lah kot antara yang paling menarik. Ok, aku tahu tak menarik pong. OK OK FOOINE.



Aku berharap tahun nih akan beri lebih kegembiraan kepada aku. Tiada lagi kesedihan, kepahitan. kesusahan dan lain lain. Ya, Final untuk ASASI ENGINEERING tahun nih. BIG DAY! Semua akan menentukan masa depan aku suatu hari nanti. Kan nak jadi IR ATHIERA NAJIEHA. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik. Dengan harapan mama lagi aku pikul ni. Aku tak nak la jadi macam sem lepas. Kan? 


DOAKAN AKU :)





No comments:

Post a Comment