RINDU MANJA !


Bosang bosang bosang !
Hamba bosang dekat rumah.
Pandang kiri pandang kanan. Aku sorang. Apa boleh buat. Menganggur jer lah dekat rumah.
Makan , tidoq ! Makan, tidoq ! Makan, tidoq!
Sebenarnya jauh di sudut hati, aku rindu adik aku yang seorang ni. Wahai adikku Athiera Nur Zafiera, kakakmu ini sedang merinduimu.
Mana pergi adik aku?

Alhamdulillah, dia sekarang tengah mengejar cita-cita dia untuk menjadi seorang civil engineer, macam kakak dia la. Ehem. Ala, akak dia ni angan-angan kosong jer la.
Dah seminggu adik aku dekat UITM Jengka. Rindunya nak gurau-gurau, borak-borak, kongsi cerita.  Yang penting, aku rindu nak gaduh dengan kau. ! kau kan suka berebut makanan dengan aku.

Hey ! aku tak pernah jauh dengan kau kan, adik. Sekolah tadika sama-sama, sekolah rendah sama-sama, sekolah menengah sama-sama. Sampai kau ikut aku pergi sekolah teknik tu kan. Aku tahu, kau bukan nya suka sangat pun course tu. Tapi sebab aku, kau apply jugak kan. Sebab tu la aku sayang kau.




Adik,
Orang cakap kita kembar kan. Yelah, kau dengan aku sama tinggi. Muka sama. Cuma kau gemok sikit jer. Aku kurus. hehe


Adik,
Kau ingat tak time kecik-kecik dulu,  masa kita main masak-masak, kau baling batu kat kepala aku. Berdarah. Aku menangis. Tapi aku tak marah kau. Sebab kau adik aku. Padan muka aku kena batu. Hehe


Adik,
Kau ingat tak masa sekolah rendah. Bila aku tak cukup duit belanja, aku cari kau  ,masa rehat.  Aku tahu kau mesti bagi kalau aku mintak. Aku kan kakak. Taiko !


Adik,
Kau ingat tak, kita sama-sama kena denda dekat perhimpunan masa sekolah rendah pasal joghaton tu kan. Kita lupa nak bagi kad tu dekat mama. Haha kelakar bila nama kita kena panggil. Dua-dua kena berdiri dekat depan.


Adik,
Kau ingat tak masa kau awal-awal masuk sekolah teknik tu. Aku kan senior kau. Tak ada orang tahu pun yang kau ni adik aku. Bukan aku tak nak bagi tahu, aku nak kau berdikari sendiri. Tak nak mengharapkan aku jer yang kena ajar kau. Takkan semua benda aku nak suruh kau buat kan. Tapi aku tetap perhatikan kau dari jauh. Aku tahu, kau tu manja ! takkan nya boleh buat semua sendiri. Sikit-sikit nangis. Sikit-sikit nangis. Senior tegur kau sikit pun kau dah berair mata cerita dekat aku. Haha. Tapi ok lah, at least kau tak buat hal macam kakak kau buat dulu.


Adik,
Aku selalu marah kau kan dekat rumah. Selalu suruh kau buat kerja rumah semua. Kau tahu tak sebenarnya aku nak kau tu jadi rajin sikit. Kau selalu harapkan mama yang suruh kau buat. Kau dah besar, adik. Kalau masa kau kecik-kecik dulu, boleh la nak harap mama buat. Aku tak nak bila kau dah masuk universiti, kau tak pandai nak uruskan diri sendiri. Kau tu pelupa adik. Semua benda nak aku ingatkan.


Adik,
Aku nak mintak maaf sebab tak hantar kau pergi daftar hari tu. Aku tahu, kau mengharapkan aku hantar kan. Kemas kan baju untuk kau. Kemaskan tempat baru kau. Aku bukan tak nak pergi, nanti aku sedih bila tengok kau kat sana. Aku sedih bila tengok kau dah besar. Tak macam dulu kan adik. Aku nak kau pandai bawak diri. Tak nak la macam dekat teknik, baju kau pun nak aku kemaskan kan. Baju sendiri pun nak aku jugak yang pesan suruh basuh.


Adik,
Kau dah masuk universiti, kau jaga diri baik baik. Universiti dengan sekolah tak sama adik. Macam-macam benda baru nanti kau akan belajar. Percaya la cakap kakak kau ni. Jangan lah jadi malas macam aku,  jangan lah kecewa kan mama papa. Result SPM kau tu tak menjamin pun masa  depan kau. Kau yang kena corakkan sendiri. Sekarang la masanya kau fikir masa depan kau. Aku tahu, mula-mula kau mesti tak boleh nak suaikan diri. Yelah, hari pertama kau pergi pun, kau dah cakap nak balik. Kau telefon aku menangis-nangis sebab tak tahan duduk sana, tak cukup makan. Haha kelakar kau tahu tak. Tak sampai seminggu pun lagi. Sabar lah adik.


Adik,
Sekarang kau dah tak ada dekat rumah, aku tak tahu nak beborak denga siapa sebelum tidur. Tak tahu nak cerita dekat siapa masalah aku. Sebelum nih kau jer yang paham. Walaupun kadang-kadang kau tak layan cerita aku kan. Tak apalah. Aku tak kisah. Sebab aku sayang kau , adik. Aku tunggu kau balik. Macam-macam aku nak cerita. Ingat lah pesan aku. Jaga diri elok-elok .




Sekarang kakak kau nih menagis sebab rindukan kau sangat. KAU TAHU TAK ! aku tahu kau takkan baca blog aku ni. Biarlah. At least, semua yang baca ni tahu yang aku sayang kau sangat ! 

EX PALAMIAN




"Awalnya tak saling kenal mahupun berjumpa,
Namun Allah telah menentukan takdir kita untuk bertemu,berkenal dan bersahabat,
Sangat indah untuk dilalui,
Kerana kamu, hari kemarin sangat indah untuk dijadikan kenangan,
Kamu telah mengukir kenangan yang sulit untuk dihapus,
Hari esok selalu aku nantikan,
Kerana aku tahu, kita akan bertemu, tertawa, bercerita yang akan membuat kita lupa 
akan segala masalah,
Dalam setiap doa, hari esok sentiasa seperti hari kemarin,
Walaupun tidak mungkin,
Jangan lupakan hari ini, SAHABAT"



Cewah, amacam mukadimah aku? boleh jadi saterawan negara tak? Please lah cakap boleh. bagi aku senang hati sikit hari ni.ha, Lai lai lai mari sini hari nih mahu cerita, sebuah kisah yang sangat menyayat hati, yang boleh buat ibu mengandung teperanjat, yang boleh buat air mata meleleh bagaikan air terjun. Sebelum itu, siapkan dulu beberapa kotak tisu bagi mereka-meraka yang hatinya sangat sensitif. *end of mukadimah*


Sat na, ceq pun nak lap air mata yang mengalir time taip ni ha. Hamboi, berjejeh air mata. Hang gelak apa? Sirius nih sirius. Sedih baq hang ! *lap air mata*

Pergi kelas sama-sama
Makan sama-sama
Jalan sama-sama
Gaduh sama-sama. *selalunya aku je yang ajak gaduh*
Sedih sama-sama
Gembira sama-sama
Tidur sama-sama *even tak selalu*
Mandi? nom nom nom mana ada sama-sama. nak fikir lain lewtuw. Hamboi

Bila diingat balik banyak sangat kenangan sama-sama. Ada masa gembira, ada masa sedih, ada masa nak taching-taching, ada masa nak marah-marah. Yela, bila dah ramai-ramai kan. Macam-macam ragam la kan. 

Mula-mula kenal, masing-masing buat tak tahu, eh sombong ke? Tak. Kitew malu lew nak tetor. *gedik* Aku pandang kau, kau pandang aku.Dalam hati "nak tegur ke tak nak. hmmm senyum je la".Masa awal masuk, sirius aku cakap, aku tak mampu nak berbaik dengan korang ni, forever alone tahu? Kawan pun dengan budak kelas lain. Malas nya rasa nak pergi kelas. Eh nasib baik si Mizaki satu rumah dengan aku, kalau tak. hmmm

Tapi betul la orang cakap kan. Tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal, ha, baq hang ! baik sungguh. walaupun bukan dengan semua, at least aku ada la kawan nak tanya tutorial kena buat apa, esok kelas dekat mana, assignment bila kena submit. kan? *menyesal dengan sikap aku yang sombong ni* 



Dan dalam banyak banyak kenangan, yang paling aku tak boleh lupa ialah jeng jeng jeng ! PANGKOR ISLAND  yeah !Ya ampun seronok nya rasa. sampai tak ada ekspresi kat muka aku. Dngan kaum lelaki dalam kelas aku tak ada lah aku baik sangat. Biasa je, tapi aku dapat rasa yang lepas jer trip tu ada chemistry antara kami. Eceh. poyos gilos. TAPI BETUL LA ! Tak dapat nak gambarkan keseronokan bila first time naik banana boat, snorkeling, keliling pulau dan berkayak ! *ha, malas nak taip, tengok gambar ajalah*










Ok la sampai disitu sahaja gambar untuk pangkor. Penat la nak upload. hmm heee.

sekarang pun semua dah berjauhan . apa yang aku harap, agar persahabatan ini takkan berakhir disini sahaja. Maafkan segala kesalahan aku wahai sahabat. Segala ketelanjuran aku. :)

Semoga berjaya ke menara gading. 

Assalamualaikum

FIRST CAMPING !

Hye hye hello. Hello hello hye *euuuw teringat zaman MDS dulu.*

Penat nih penat. Nak angkat tangan pun tak larat. tengok muka letih aku nih, HIUW. Ok tak lawak.


WAH!! . SAYA BANGGA DENGAN DIRI SAYA KERANA BERJAYA MENGHABISKAN CAMPING SELAMA DUA HARI SATU MALAM DI DUSUN ECO RESORT.







OIH. Nih camping pertama dalam hidup aku tahu? Omputih cakap FIRST TIME. Kenapa? Tak percaya? Tak percaya sudah. Aku dah sehabis jujur ni ha. Eksaitod eksaitod sampai tak leh nak tido malam sebab terkenang kan camping yang bakal aku tempuhi nanti. Bila dah first time,. barang yang nak kena bawak pun aku tak tahu apa. Huu. Encik doktor call tengah malam, ajar aku apa yang kena bawak semua. Kalau ikotkan hati, aku bawak luggage tahu? Mana lah tahu baju semua tak cukup kan. Tapi, tapi, jangan risau. Aku tak kkan memalukan diri aku sebegitu rupa. *bantal mucuk tetap di bawa okay*






AKU TAHU LAH MUKA AKU EXCITED SANGAT KAN.  Sorry to say ok sorry to say, aku tak kesah langung. Hiuw. Perjalanan Puncak alam - Dusun Eco Resort emmmmm adalah dalam 1 jam setengah. Tak ada la lama sangat pun. Aku tidur, bukak mata dah sampai. Hehe. Tidur dalam bus tu perkara biasa. Total, 3 bus yang pergi. Bunyi macam ramai, tapi tak ada lah ramai sangat pun aku rasa. Dan perkara yang sangat awesome bila separuh daripada group R1 pergi. Sebab tu aku excited sangat. Kira macam trip budak Group R1 la nih kan. 2 in 1. Awal-awal sampai. Fuyooooooo HUTAN BABE HUTAN ! Ada anjing liar bagai. Mak aih. Dalam hati goyang wa cakap sama lu YANG PENTING , NICE VIEW!






HARI PERTAMA :

Sampai jer Dusun Eco Resort, aku terus turun bus dan angkat barang. Of course la kan. Tahu tak kiteorang kena naik apa untuk pergi ke tempat penginapan? Jeng jeng jeng ! Naik lori ok. LORI! Whaaat? Ok aku pun terkejut bila first time tengok. ala, tak sempat nak ambil gambar lori tu, tapi ada la satu. Cuba korang bayangkan. Naik lori, dalam 20 orang, BERDIRI, naik bukit ! Wah terumbang ambing lah aku gamaknya. Kalau tak pegang besi tu, confirm diaorang gelakkan aku sebab jatuh tergolek. Siapa lah nak kutip aku kalau aku tergolek. Huu. *ok tak lawak*










Check in check in! Cewah macam duduk hotel lak kan. Boleh la. Satu malam jer dalam dorm. Emm memang la kurang selesa. Tapi nak cari pengalaman kan. Ha, satu dorm 20 orang. Lahai, teringat lak zaman-zaman aku kat sekolah dulu. Punya lah ramai satu dorm. Tapi dorm yang ni lagi kecik. Sorry to say, kami agak asabiah. Biasa  la kalau budak engineering bercampur dengan budak sains kan. Memang tak ngam la. Tapi tak dek la sampai tarik-tarik rambut. Ok ok jer. hiuww



style tak nama dorm aku? bangau ye bangau

tengok tu, aku sengaja pilih katil tengah-tengah alam. tapi aku takkan tidur soran-sorang


Ok baiklah kanak-kanak, sekarang kita akan mulakan aktiviti kita yang pertama pada hari ini. Iaitu JENG JENG JENG !

CANOPY WALK!
Baiklah pesanan kepada sesiapa yang lemah jantung ataupun mudah pengsan, sila jauhi kawasan canopy walk ini ok! 
Ya Allah! Apakah ini? Tinggi nya! 


Sekali pandang aku dah tenganga-nganga. Selamat ke nih? Perlu ke aku buat wasiat dulu sebelum naik ni. Takut-takut la tibe-tibe tali tu putus ke kan. Hiuw hiuw. Siapa cakap yang aku tak boleh buat ni memang orang tu silap besar la kan. Salah sama sekali. Mula-mula memang la tak berani kan. Almaklumlah buat pertama kali. Tapi kan, ada sorang budak tu kan, dia kan, dia gayat. Bila naik, laju je jalan, sampai boleh lintas orang lain. *ok tak lawak* . Tapi sirius, aktiviti ni boleh mengalahkan kegayatan aku, Tak percaya, try la.



muka memang dah tak terurus kalau dah berpeluh, letih macam tu





Ok kanak-kanak, aktiviti lasak seterusnya, jangan terkejut, jangan pengsan, tarik nafas panjang-panjang 

FLYING FOX!
Yang ni, yang ni. yang ni la punca aku tak nak pergi camping dah. Sirius ! Tak main-main ok *muka marah*
Bahaya kanak-kanak. Kalau la ada yang lemah jantung, mesti tak sempat nak mengucap. Sangat menggerunkan! 







Ok pengalaman yang dapat dilupakan. Aku dengan najihah, antara orang yang last buat flying fox nih, so confident je la aku pakai harness tuh. Ya, aku salah pakai. Tu la, sombong sangat tak nak mintak tolong orang lain. Tangan aku dah menggigil. Muka dah pucat. Sangat takut ok. Sangat takut. Bila sampai turn aku dengan najiha, dua-dua dah cemas, Aku pandang die, die pandang aku. Ok terpaksa jugak buat. *confident* Cuba meyakinkan diri. Dengan lafaz bismillah, maka.....Perasaan memang tidak dapat digambar. Mula-mula lancar jer semuanya. Tiba-tiba! YA ALLAH ! Aku dengan najihah stuck dekat tengah-tengah. Aku betambah cemas. Tali aku berpusing-pusing. Najihah cuba tenangkan aku. Air mata dah menitis. Tiba-tiba lagi! Aku punya harness terlonggar! Apa aku nak buat? menangis jer lah time tu *ok malu nak cerita* Eleh, kalau korang pun mesti nangis. Budak laki yang nampak tough tu pun menjerit-jerit naik. hiuw hiuw. *cerita benar*




WATER RAFTRING ! 
Kata-orang berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Besakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Cewah. Tu dia. Ntah betul ke tak *tak dek kena-mengena* Ya, kanak-kanak, seterusnya kita akan belajar membuat rakit ok. Mana lah tahu banjir suatu hari nanti. Amatlah berguna. Hiuw hiuw. Aktiviti ni pun tak pernah aku buat. *memang semua tak pernah pun*. Tahukah anda bahawa athiera najieha takut pada air? Berenang boleh la sikit-sikit. Kuak kupu-kupu tu tak tahu lah kan. 4 group. Satu group 10 orang. Tu dia! Bersungguh-sungguh aku buat. Ha, sampai luka tangan-tangan. Pasir sampai kat tudung semua. Kesah hape aku. Bukan ada sape nak tengok aku pun. 



Lepas siap jer rakit yang kiteorang buat tu, semua kena naik. Ok tu tak lawak. Tapi suatu kenyataan. Ha, memang tak kukuh la kan kalau 10 orang terus naik. Haha. Terburai la rakit tu ha. Mendayung bukan main semangat lagi. Sampai kaki aku tersepit dekat tengah-tengah buluh tu. Tak ada siapa layan aku time tu. Sirius. Kami kalah. Ok ok foine. Tapi puas hati sebab ada rupa rakit jugak. Hiuw hiuw




Malam pulak ada BBQ ! Makan-makan hoyeah. Adalah beberapa aktiviti selain aktiviti makan kan. Ada kotak beracun dengan bom bom ape ntah. *main bom bom group orang* . Apa punya aktiviti lah. Haish layan jelah kan. Ha, tahniah kepada kawan kita iaitu hidayah dan nik yang 'terpaksa' mendendangkan lagu kengan terindah. Paksa rela. Haha. Sedap la jugak tu. hiuw hiuw






Hari pertama yang sangat meletihkan. Balik dorm, solat isyak terus terbongkang semua. *terbongkang?* Ok pape je. Memang eksaitod untuk hari yang kedua. 


HARI KEDUA : 

Hari kedua macam cuwak sikit sebab ada jungle trecking. Ya, first time. Apa yang aku pikir hanyalah P to the A to the C to the A to the T . PACAT ya kanak-kanak. Sejenis haiwan yang merayap-rayap, pastu suka gigit orang pastu menggelikan. hisap darah! Iuww gelinya mak dengar. 

JUNGLE TRECKING ! 

Lepas breakfast, kiteorang berkumpul, warming up dulu before berjungle trecking. Mana lah tahu kan, tiba-tiba kaki kejang ke. haish susah pulop nanti. Tak dek sapa lah nak angkut kau nanti. 

Ha, mencabar sangat la jungle trecking tu. Adoi. Kecuraman lebih kurang 60 degree. Licin, banyak pacat, buluh pun banyak, pokok duri boleh tahan banyak. Lagi ape lagi. Masa yang diambil lebih kurang 2 jam. 2 jam aku rasa macam 2 hari tahu? Badan dah letih. Lelah dah mula terasa. Tapi aku kuatkan jugak semangat. Alhamdulillah, pacat tak suka aku. so, aku tak kena pacat langsung. Tapi kan kadang-kadang aku perasan sorang yang ade pacat dalam seluar aku. padahal tak dek pong. Haha. *perasaan*. Sirius, kalau aku kena pacat, aku akan menangis lagi kuat dari aku menangis masa flying fox. Hiuw hiuw. *sikit-sikit menangis*






MERENTAS HALANGAN ! 

Merentas halangan nih aktiviti last bagi kiteorang. Apa yang aku boleh cakap, BOSAN! Ala, macam dekat PLKN tuh. *cewah macam aku pergi je PLKN* Orang cakap la kan. Aktiviti ni aku tak buat sangat sebab kaki aku tengah sakit lagi. Maksud aku, lutut aku kan baru lepas operation hari tuh. So abang tu cakap tak payah buat banyak sangat. Sirius! Macam askar wo!!! *jakun* Eksaitod aku tengok. Ha, ade 12 halangan 6 jer kot aku buat. Tak ada tenaga dah masa tu. huu. Antara halangan-halangan yang sempat di rakam, JENG JENG JENG !



tembok ! yang rendah untuk perempuan, yang tinggi untuk lelaki. yang ni aku tak buat

yang ni aku buat!

apa motif dorang ni aku tak tahu








Ha, tu jelah kot. Siapa cakap perempuan selembut aku nih tak boleh buat semua tu. HAHA *lembut ke?* Ok perasan jap. Baru aku tahu yang aku nih boleh la jugak hidup lam hutan. Walaupun first time kan camping. Not bad la. 

Lepas habis merentas halangan ni, balik dorm, mandi, kemas barang dan terus bertolak balik. Sirius, 2 hari tuh rasa macam sekejap sangat. Kalau boleh tak nak balik. EH! nak jugak balik! susah la kat sana tak dek line! Tapi lam hutan penuh lak line nya. Pelik betul. 

sepatutnya pakai baju merah. OK aku sorang jer pink hari tu. haha

Ok, pengalaman 2 hari tuh memang sangat bermakna bagi aku. yela, pengalaman mana boleh dibeli kan. Walaupun memenatkan , tapi aku puas hati,. Dah la free. Kan? HAHA 




Balik je dari camping, aku pulak demam. Yela, aku ade asthma, pergi lak camping. Ni pun aku pergi tanpa pengetahuan mak aku. Kalau tak confirm tak dapat pergi. Alhamdulillah, demam dah beransur ok. Cuma batuk-batuk je. untungla aku ada doktor yang jaga. Special gituw. kau hade? HIUW HIUW

GONNA MISS THOSE MOMENTS. THANKS FRIENDS :)

Assalamualaikum, 





























NOCHE DE AMOR

Eh eh hye awak awak.

Hari nih titew wajin nak update belog sebab titew ade banyak masa lapang walaupun titew tahu yang sebenarnya titew manyak kejew. *menyampah*

Ok la menyampah dengan aku kan. Hiuw hiuw tak kesah pong. Ok la hari nih rajin sikit nak update belog. EKSAITOD! EKSITOD! *excited sebenarnya* hiuw

Ha, semalam kan, semalam kan 29 Januari kan, semalam kan, aku pergi dinner asasi. Hoyeh. 
Best ke? em em boleh la, nak bergaya pergi la. Hehe. Dinner asasi engineering gabung dengan asasi sains. 


A NIGHT FULL WITH GLAMOROUS. I LOOOOIKE

Nampak semua bergaya jer. Hamboi hamboi, pergi kelas nampak biase jer, bila dah pergi dinner, ha, tu dia mai dah mai dah mak datin tu. Eh ni bukan mengata diri sendiri. Ni mengata orang lain. *jujur aje*

BIRU PUTIH HITAM ----> ELEGANT OASIS . Ala, yang macam arab-arab tu la. Haish apo nih tu pun tak tahu. Yang tema padang pasir cenggini la aku suka ni. Sebab tu beria nau nak perginya. Wakil kelas la katakan. Ha, dahtu semua tak nak pergi, biar aku je la yang pergi sorang-sorang. hiuw hiuw bukan sorang, berdua. Hehe.

Pening-pening nak cari dress nak pergi dinner. Ala, jujur je la, ni first time aku pergi dinner. *sedih-sedih*. Eleh, nak cakap aku tipu lewtuw. Betul la, first time! *marah tiba-tiba* Semua dress rasa tak lawa. Last minit beli, sehari sebelum dinner. Sewa kereta dari puncak alam, drive sampai la ke Time Square. Lepas tu pergi pulak downtown jap. Sanggup tahu. Nak puas kan hati punya pasal. *tapi bukan aku drive, mekda yang drive*

 
tumpang lalu jap, nak selit gambau bespreng aku ni. hiuw hiuw



Mana boleh pergi dinner setahun sekali pakai macam nak pergi kelas je kan. I pun nak glamour you allz. U ingat u sorang jew? Naah. I nak kalahkan u ok. I dah aim crown best dress tu. HAHA. Padahal tak dapat pong. OK foiiine.  *cakap la pape pong*

Ok lah malas nak cite panjang , nanti bertambah menyampah la korang dekat aku nih. hiuw hiuw. *ayat sedih*.

Ucapan penghargaan ini di tujukan khas buat orang yang kat gambar kat atas tu, siti nur ariffah alyaa. Yang sanggup teman aku pergi cari dress last minit. oh ya, die sangat fashionable. i thanked to her. hiuww. Eh jie pun sama, pandai korang pilihkan. Eh tak lupa la kepada jong yang sanggup hantar dan angkut aku balik palam. Baiknya abang sayew tuw. euww. Haha. *eh, abang ke?*

tu die khaira <3 i love her dress :)








yeah tu dia baim wong wong wong :)




nia :)


gambar selalu tipu ! selalu nampak gemok !


mekda dan zaty :)


gambar ni tak jelas. sorry :)


K lah, tu jer kot. Malas dah nak upload gambar. Internet lembab. Hiuw hiuw. Untungla orang yang pergi dengan couple mereka. Aku sorang-sorang oun ok je.

Nice moment. Once a lifetime.Gonna miss that nite :)

bye ASSALAMUALAIKUM