NOCHE DE AMOR

Eh eh hye awak awak.

Hari nih titew wajin nak update belog sebab titew ade banyak masa lapang walaupun titew tahu yang sebenarnya titew manyak kejew. *menyampah*

Ok la menyampah dengan aku kan. Hiuw hiuw tak kesah pong. Ok la hari nih rajin sikit nak update belog. EKSAITOD! EKSITOD! *excited sebenarnya* hiuw

Ha, semalam kan, semalam kan 29 Januari kan, semalam kan, aku pergi dinner asasi. Hoyeh. 
Best ke? em em boleh la, nak bergaya pergi la. Hehe. Dinner asasi engineering gabung dengan asasi sains. 


A NIGHT FULL WITH GLAMOROUS. I LOOOOIKE

Nampak semua bergaya jer. Hamboi hamboi, pergi kelas nampak biase jer, bila dah pergi dinner, ha, tu dia mai dah mai dah mak datin tu. Eh ni bukan mengata diri sendiri. Ni mengata orang lain. *jujur aje*

BIRU PUTIH HITAM ----> ELEGANT OASIS . Ala, yang macam arab-arab tu la. Haish apo nih tu pun tak tahu. Yang tema padang pasir cenggini la aku suka ni. Sebab tu beria nau nak perginya. Wakil kelas la katakan. Ha, dahtu semua tak nak pergi, biar aku je la yang pergi sorang-sorang. hiuw hiuw bukan sorang, berdua. Hehe.

Pening-pening nak cari dress nak pergi dinner. Ala, jujur je la, ni first time aku pergi dinner. *sedih-sedih*. Eleh, nak cakap aku tipu lewtuw. Betul la, first time! *marah tiba-tiba* Semua dress rasa tak lawa. Last minit beli, sehari sebelum dinner. Sewa kereta dari puncak alam, drive sampai la ke Time Square. Lepas tu pergi pulak downtown jap. Sanggup tahu. Nak puas kan hati punya pasal. *tapi bukan aku drive, mekda yang drive*

 
tumpang lalu jap, nak selit gambau bespreng aku ni. hiuw hiuw



Mana boleh pergi dinner setahun sekali pakai macam nak pergi kelas je kan. I pun nak glamour you allz. U ingat u sorang jew? Naah. I nak kalahkan u ok. I dah aim crown best dress tu. HAHA. Padahal tak dapat pong. OK foiiine.  *cakap la pape pong*

Ok lah malas nak cite panjang , nanti bertambah menyampah la korang dekat aku nih. hiuw hiuw. *ayat sedih*.

Ucapan penghargaan ini di tujukan khas buat orang yang kat gambar kat atas tu, siti nur ariffah alyaa. Yang sanggup teman aku pergi cari dress last minit. oh ya, die sangat fashionable. i thanked to her. hiuww. Eh jie pun sama, pandai korang pilihkan. Eh tak lupa la kepada jong yang sanggup hantar dan angkut aku balik palam. Baiknya abang sayew tuw. euww. Haha. *eh, abang ke?*

tu die khaira <3 i love her dress :)








yeah tu dia baim wong wong wong :)




nia :)


gambar selalu tipu ! selalu nampak gemok !


mekda dan zaty :)


gambar ni tak jelas. sorry :)


K lah, tu jer kot. Malas dah nak upload gambar. Internet lembab. Hiuw hiuw. Untungla orang yang pergi dengan couple mereka. Aku sorang-sorang oun ok je.

Nice moment. Once a lifetime.Gonna miss that nite :)

bye ASSALAMUALAIKUM

TONITE IS THE NITE ?

HIUW HIUW. 


APA JENIS TAJUK ENTRY TU?

LANTAK

exhausted beby exhausted.

menaiki tangga yang megah itu di malam hari. Untuk apakah? Ha, MALAM KEBUDAYAAN la.

First first first of all la kan, nih nak cakap nih,

NICE JOB LA KORANG. THUMBS UP ;)
Weyh, aku jeles ler tengok orang-orang tu menari. Rasa macam nak naik je pentas tu menunjukkan kebolehan aku yang tak berapa tuh. EH. Ini bukan perasan sorang k.



Sorry to say k sorry to say (ayat filem BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG), sepatut nya, SEPATUTNYA la kan, aku pun perform malam nih. Zapin + Tarian Arab. HMM Tapi kan Tapi kan, last minute group aku tarik diri.

*ok sedih kejap. lap air mata sikit.

Tapi aku sokong group lain tuh. Walaupun aku meleleh air liur, sampai mengigau malam nak perform punya pasal. Paling menyedihkan, step tarian tu dah siap ok. Sorry to say k sorry to say. Memang sedih sangat.

*sekali lagi lap air mata yang meleleh bak air terjun sekayu nih. hmm

Zapin, Inang, Joget dah jadi makanan aku untuk penuhkan markah koko sejak aku Form 3 lagi. Alhamdulillah dimurahkan rezeki dapat pulak join group Kebudayaan Negeri Pahang + Group Tarian event event yang berbayar. cewah. *muka bangga* Eh tak lah. Tak bangga pun. Dosa tahu tak bangga bangga nih. Haha. Kalau dulu, sekali show, boleh la kumpul RM120. Seminggu 2 show at least. So kira sendiri. haha.

Ok sekarang dah dapat rasa macam mana aku rasa bila tak dapat join Malam Kebudayaan malam ni? With no reason, diaorang nak tarik diri. Tak pelah, time degree nanti aku cuba nasib lagi. HAHA. Nak jugak join!

Ok foooine.

STOP SAMPAI DI SINI OK. Tak larat nak lap air mata dah. Hati nih bagai ditusuk tusuk tahu. Hahah ok over lagi.

Ha,  ha, satu cerita lagi untuk malam nih. Rahsia kita kita jer tau. Jangan bagitahu mak aku.

Semalam kan

Semalam

Semalam

Ha, semalam kan

Untuk pertama kali kan

Aku kan

OVERNITE.

Hiuw hiuw. Ok lame giler cerita aku.Tak hebat pun tapi suka hati aku lah kan nak cerita.

Ala, not bad la overnite for the first time. Mungkin masa kot tak sesuai sebab hari ni aku ada kelas. Dan dan dan terpaksa skip kelas sebab mengantuk sangat. That was cool enough baby!

Emm cerita JOURNEY 2 tu macam macam. Naah. Tak best bagi aku. The rock tu macam budak kecik je perangai. Di alam fantasi. Hoyeah

Oh ya, tu je ke untuk malam nih?

Malas dah nak menaip. Saja nak melepas kan sedih di hati .MUNGKIN.


*gambar malam kebudayaan akan di upload kemudian ok . boleh? atototot

ASSALAMUALAIKUM.


Aku tak sekuat itu





*gambar yang tak dek kena mengena*


ALHAMDULILLAH AKU MASIH MASIH BERNAFAS

Ya ALLAH,

Inikah balasan atau ujian yang Engkau berikan kepada aku.

Berat sungguh, tidak tertanggung oleh ku.

Hmm. Apa ni Athiera Najieha.
Kenapa kau seteruk nih.
Kenapa kau rasa macam sedih sangat ni.
Kenapa kau asyik fikir hal yang sepatutnya tak menjadi masalah kepada kau.
Kenapa kau perlu menangis, meraung.
Kenapa kau nak menyesal dengan apa yang kau sendiri buat.
Kenapa?





Mungkin Allah lagi sayang aku. Allah simpan aku untuk seseorang yang lagi bagus ,mungkin.

Ingatla, kata orang kalau jodoh tak kemana kan.
Kalau sayang tu tak semestinya memiliki kan.

Sudah la, usah dikenang. Mungkin ini jalan yang terbaik. Kenapa perlu bersedih.

Perjalanan hidup aku pun masih panjang. Banyak lagi perkara yang belum aku lakukan.

Hey! CHILL k Tiera!

Let by gone be by gone




Aku ada AINI dengan ALYAA. Aku tahu diaorang takkan tinggalkan aku.


Fokus belajar tiera. Untuk jadi CIVIL ENGINEER yang kau idamkan sangat tu.


*chilling myself. assalamualaikum
EHEM EHEM


Sapu-sikit belog ni. Atototot dah berhabuk tebal dah nih. Ok , lama sangat tak update, Yela, tak tahu nak bercerita apa.

ALHAMDULILLAH

DAH TAHUN 2012




Azam baru? 

Sorry, wa tak layan azam azam ni semua. Dulu time tak matang dulu adalah azam azam bagai ni. Antara azam yang femes dan yang pernah aku buat :

* saya nak belajar rajin-rajin tahun ni
* saya tak nak ponteng kelas dah. SUMPAH!
* saya nak lulus PMR
* saya nak score SPM
* saya nak jadi kurus!
* saya tak nak lawan cakap mak saya
* saya nak berjaya dalam hidup.
* saya nak single je. tak mau couple couple. HARAM!(puih)

Sebenarnya banyak lagi kan. Aku bukak FB pun bersepah orang post pasal azam baru. Mcam lah boleh tercapai. Ok, aku tahu la mesti ada yang betul-betul nak capai azam baru kan. Tapi untuk orang macam aku, memang tak la. 

Niat dalam hati nak start azam 1 Januari.

Eh, 2 Januari la.
Eh, 3 Januari la.
Ok, janji bulan Februari start.
Sumpah nak start Mei.

Last sekali, ok tak pelah, start tahun depan je. 

Ok, tu lah aku. memang azam aku tak pernah nak tercapai. Asyik tertangguh je. 

TAPI TAPI TAPI

Aku berharap sangat korang korang korang punya azam akan tercapai ok? INSYAALLAH

Tahun 2011 sangat bermakna bagi hidup aku. Banyak benda yang jadi yang dah ubah hidup aku. Ya, sangat banyak. HEHE.

* Result SPM aku. Alhamdulillah dengan berkat Allah, mama papa, dan usaha aku sendiri, aku dapat capai yang aku nak

* Dapat jejak  PUNCAK ALAM memang perkara yang paling tak dapat aku lupa dalam hidup aku. Kawan baru, pengalaman baru, cara belajar yang baru. pakwe baru? nom nom nom. Mana. Tak pernah percaya yang aku dah jejak universiti. Ehem. Nampak tak yang aku dah besar kat situ? HEHE

* Birthday aku tahun lepas disambut dengan begitu meriah sekali. Sangat terharu. Aku tahu, sebab result aku kan. Ce kalau result aku tak elok. KONPOM tak dek sape nak layan birthday aku



Tu jer lah kot antara yang paling menarik. Ok, aku tahu tak menarik pong. OK OK FOOINE.



Aku berharap tahun nih akan beri lebih kegembiraan kepada aku. Tiada lagi kesedihan, kepahitan. kesusahan dan lain lain. Ya, Final untuk ASASI ENGINEERING tahun nih. BIG DAY! Semua akan menentukan masa depan aku suatu hari nanti. Kan nak jadi IR ATHIERA NAJIEHA. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik. Dengan harapan mama lagi aku pikul ni. Aku tak nak la jadi macam sem lepas. Kan? 


DOAKAN AKU :)