EX PALAMIAN




"Awalnya tak saling kenal mahupun berjumpa,
Namun Allah telah menentukan takdir kita untuk bertemu,berkenal dan bersahabat,
Sangat indah untuk dilalui,
Kerana kamu, hari kemarin sangat indah untuk dijadikan kenangan,
Kamu telah mengukir kenangan yang sulit untuk dihapus,
Hari esok selalu aku nantikan,
Kerana aku tahu, kita akan bertemu, tertawa, bercerita yang akan membuat kita lupa 
akan segala masalah,
Dalam setiap doa, hari esok sentiasa seperti hari kemarin,
Walaupun tidak mungkin,
Jangan lupakan hari ini, SAHABAT"



Cewah, amacam mukadimah aku? boleh jadi saterawan negara tak? Please lah cakap boleh. bagi aku senang hati sikit hari ni.ha, Lai lai lai mari sini hari nih mahu cerita, sebuah kisah yang sangat menyayat hati, yang boleh buat ibu mengandung teperanjat, yang boleh buat air mata meleleh bagaikan air terjun. Sebelum itu, siapkan dulu beberapa kotak tisu bagi mereka-meraka yang hatinya sangat sensitif. *end of mukadimah*


Sat na, ceq pun nak lap air mata yang mengalir time taip ni ha. Hamboi, berjejeh air mata. Hang gelak apa? Sirius nih sirius. Sedih baq hang ! *lap air mata*

Pergi kelas sama-sama
Makan sama-sama
Jalan sama-sama
Gaduh sama-sama. *selalunya aku je yang ajak gaduh*
Sedih sama-sama
Gembira sama-sama
Tidur sama-sama *even tak selalu*
Mandi? nom nom nom mana ada sama-sama. nak fikir lain lewtuw. Hamboi

Bila diingat balik banyak sangat kenangan sama-sama. Ada masa gembira, ada masa sedih, ada masa nak taching-taching, ada masa nak marah-marah. Yela, bila dah ramai-ramai kan. Macam-macam ragam la kan. 

Mula-mula kenal, masing-masing buat tak tahu, eh sombong ke? Tak. Kitew malu lew nak tetor. *gedik* Aku pandang kau, kau pandang aku.Dalam hati "nak tegur ke tak nak. hmmm senyum je la".Masa awal masuk, sirius aku cakap, aku tak mampu nak berbaik dengan korang ni, forever alone tahu? Kawan pun dengan budak kelas lain. Malas nya rasa nak pergi kelas. Eh nasib baik si Mizaki satu rumah dengan aku, kalau tak. hmmm

Tapi betul la orang cakap kan. Tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal, ha, baq hang ! baik sungguh. walaupun bukan dengan semua, at least aku ada la kawan nak tanya tutorial kena buat apa, esok kelas dekat mana, assignment bila kena submit. kan? *menyesal dengan sikap aku yang sombong ni* 



Dan dalam banyak banyak kenangan, yang paling aku tak boleh lupa ialah jeng jeng jeng ! PANGKOR ISLAND  yeah !Ya ampun seronok nya rasa. sampai tak ada ekspresi kat muka aku. Dngan kaum lelaki dalam kelas aku tak ada lah aku baik sangat. Biasa je, tapi aku dapat rasa yang lepas jer trip tu ada chemistry antara kami. Eceh. poyos gilos. TAPI BETUL LA ! Tak dapat nak gambarkan keseronokan bila first time naik banana boat, snorkeling, keliling pulau dan berkayak ! *ha, malas nak taip, tengok gambar ajalah*










Ok la sampai disitu sahaja gambar untuk pangkor. Penat la nak upload. hmm heee.

sekarang pun semua dah berjauhan . apa yang aku harap, agar persahabatan ini takkan berakhir disini sahaja. Maafkan segala kesalahan aku wahai sahabat. Segala ketelanjuran aku. :)

Semoga berjaya ke menara gading. 

Assalamualaikum