FIRST CAMPING !

Hye hye hello. Hello hello hye *euuuw teringat zaman MDS dulu.*

Penat nih penat. Nak angkat tangan pun tak larat. tengok muka letih aku nih, HIUW. Ok tak lawak.


WAH!! . SAYA BANGGA DENGAN DIRI SAYA KERANA BERJAYA MENGHABISKAN CAMPING SELAMA DUA HARI SATU MALAM DI DUSUN ECO RESORT.







OIH. Nih camping pertama dalam hidup aku tahu? Omputih cakap FIRST TIME. Kenapa? Tak percaya? Tak percaya sudah. Aku dah sehabis jujur ni ha. Eksaitod eksaitod sampai tak leh nak tido malam sebab terkenang kan camping yang bakal aku tempuhi nanti. Bila dah first time,. barang yang nak kena bawak pun aku tak tahu apa. Huu. Encik doktor call tengah malam, ajar aku apa yang kena bawak semua. Kalau ikotkan hati, aku bawak luggage tahu? Mana lah tahu baju semua tak cukup kan. Tapi, tapi, jangan risau. Aku tak kkan memalukan diri aku sebegitu rupa. *bantal mucuk tetap di bawa okay*






AKU TAHU LAH MUKA AKU EXCITED SANGAT KAN.  Sorry to say ok sorry to say, aku tak kesah langung. Hiuw. Perjalanan Puncak alam - Dusun Eco Resort emmmmm adalah dalam 1 jam setengah. Tak ada la lama sangat pun. Aku tidur, bukak mata dah sampai. Hehe. Tidur dalam bus tu perkara biasa. Total, 3 bus yang pergi. Bunyi macam ramai, tapi tak ada lah ramai sangat pun aku rasa. Dan perkara yang sangat awesome bila separuh daripada group R1 pergi. Sebab tu aku excited sangat. Kira macam trip budak Group R1 la nih kan. 2 in 1. Awal-awal sampai. Fuyooooooo HUTAN BABE HUTAN ! Ada anjing liar bagai. Mak aih. Dalam hati goyang wa cakap sama lu YANG PENTING , NICE VIEW!






HARI PERTAMA :

Sampai jer Dusun Eco Resort, aku terus turun bus dan angkat barang. Of course la kan. Tahu tak kiteorang kena naik apa untuk pergi ke tempat penginapan? Jeng jeng jeng ! Naik lori ok. LORI! Whaaat? Ok aku pun terkejut bila first time tengok. ala, tak sempat nak ambil gambar lori tu, tapi ada la satu. Cuba korang bayangkan. Naik lori, dalam 20 orang, BERDIRI, naik bukit ! Wah terumbang ambing lah aku gamaknya. Kalau tak pegang besi tu, confirm diaorang gelakkan aku sebab jatuh tergolek. Siapa lah nak kutip aku kalau aku tergolek. Huu. *ok tak lawak*










Check in check in! Cewah macam duduk hotel lak kan. Boleh la. Satu malam jer dalam dorm. Emm memang la kurang selesa. Tapi nak cari pengalaman kan. Ha, satu dorm 20 orang. Lahai, teringat lak zaman-zaman aku kat sekolah dulu. Punya lah ramai satu dorm. Tapi dorm yang ni lagi kecik. Sorry to say, kami agak asabiah. Biasa  la kalau budak engineering bercampur dengan budak sains kan. Memang tak ngam la. Tapi tak dek la sampai tarik-tarik rambut. Ok ok jer. hiuww



style tak nama dorm aku? bangau ye bangau

tengok tu, aku sengaja pilih katil tengah-tengah alam. tapi aku takkan tidur soran-sorang


Ok baiklah kanak-kanak, sekarang kita akan mulakan aktiviti kita yang pertama pada hari ini. Iaitu JENG JENG JENG !

CANOPY WALK!
Baiklah pesanan kepada sesiapa yang lemah jantung ataupun mudah pengsan, sila jauhi kawasan canopy walk ini ok! 
Ya Allah! Apakah ini? Tinggi nya! 


Sekali pandang aku dah tenganga-nganga. Selamat ke nih? Perlu ke aku buat wasiat dulu sebelum naik ni. Takut-takut la tibe-tibe tali tu putus ke kan. Hiuw hiuw. Siapa cakap yang aku tak boleh buat ni memang orang tu silap besar la kan. Salah sama sekali. Mula-mula memang la tak berani kan. Almaklumlah buat pertama kali. Tapi kan, ada sorang budak tu kan, dia kan, dia gayat. Bila naik, laju je jalan, sampai boleh lintas orang lain. *ok tak lawak* . Tapi sirius, aktiviti ni boleh mengalahkan kegayatan aku, Tak percaya, try la.



muka memang dah tak terurus kalau dah berpeluh, letih macam tu





Ok kanak-kanak, aktiviti lasak seterusnya, jangan terkejut, jangan pengsan, tarik nafas panjang-panjang 

FLYING FOX!
Yang ni, yang ni. yang ni la punca aku tak nak pergi camping dah. Sirius ! Tak main-main ok *muka marah*
Bahaya kanak-kanak. Kalau la ada yang lemah jantung, mesti tak sempat nak mengucap. Sangat menggerunkan! 







Ok pengalaman yang dapat dilupakan. Aku dengan najihah, antara orang yang last buat flying fox nih, so confident je la aku pakai harness tuh. Ya, aku salah pakai. Tu la, sombong sangat tak nak mintak tolong orang lain. Tangan aku dah menggigil. Muka dah pucat. Sangat takut ok. Sangat takut. Bila sampai turn aku dengan najiha, dua-dua dah cemas, Aku pandang die, die pandang aku. Ok terpaksa jugak buat. *confident* Cuba meyakinkan diri. Dengan lafaz bismillah, maka.....Perasaan memang tidak dapat digambar. Mula-mula lancar jer semuanya. Tiba-tiba! YA ALLAH ! Aku dengan najihah stuck dekat tengah-tengah. Aku betambah cemas. Tali aku berpusing-pusing. Najihah cuba tenangkan aku. Air mata dah menitis. Tiba-tiba lagi! Aku punya harness terlonggar! Apa aku nak buat? menangis jer lah time tu *ok malu nak cerita* Eleh, kalau korang pun mesti nangis. Budak laki yang nampak tough tu pun menjerit-jerit naik. hiuw hiuw. *cerita benar*




WATER RAFTRING ! 
Kata-orang berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Besakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Cewah. Tu dia. Ntah betul ke tak *tak dek kena-mengena* Ya, kanak-kanak, seterusnya kita akan belajar membuat rakit ok. Mana lah tahu banjir suatu hari nanti. Amatlah berguna. Hiuw hiuw. Aktiviti ni pun tak pernah aku buat. *memang semua tak pernah pun*. Tahukah anda bahawa athiera najieha takut pada air? Berenang boleh la sikit-sikit. Kuak kupu-kupu tu tak tahu lah kan. 4 group. Satu group 10 orang. Tu dia! Bersungguh-sungguh aku buat. Ha, sampai luka tangan-tangan. Pasir sampai kat tudung semua. Kesah hape aku. Bukan ada sape nak tengok aku pun. 



Lepas siap jer rakit yang kiteorang buat tu, semua kena naik. Ok tu tak lawak. Tapi suatu kenyataan. Ha, memang tak kukuh la kan kalau 10 orang terus naik. Haha. Terburai la rakit tu ha. Mendayung bukan main semangat lagi. Sampai kaki aku tersepit dekat tengah-tengah buluh tu. Tak ada siapa layan aku time tu. Sirius. Kami kalah. Ok ok foine. Tapi puas hati sebab ada rupa rakit jugak. Hiuw hiuw




Malam pulak ada BBQ ! Makan-makan hoyeah. Adalah beberapa aktiviti selain aktiviti makan kan. Ada kotak beracun dengan bom bom ape ntah. *main bom bom group orang* . Apa punya aktiviti lah. Haish layan jelah kan. Ha, tahniah kepada kawan kita iaitu hidayah dan nik yang 'terpaksa' mendendangkan lagu kengan terindah. Paksa rela. Haha. Sedap la jugak tu. hiuw hiuw






Hari pertama yang sangat meletihkan. Balik dorm, solat isyak terus terbongkang semua. *terbongkang?* Ok pape je. Memang eksaitod untuk hari yang kedua. 


HARI KEDUA : 

Hari kedua macam cuwak sikit sebab ada jungle trecking. Ya, first time. Apa yang aku pikir hanyalah P to the A to the C to the A to the T . PACAT ya kanak-kanak. Sejenis haiwan yang merayap-rayap, pastu suka gigit orang pastu menggelikan. hisap darah! Iuww gelinya mak dengar. 

JUNGLE TRECKING ! 

Lepas breakfast, kiteorang berkumpul, warming up dulu before berjungle trecking. Mana lah tahu kan, tiba-tiba kaki kejang ke. haish susah pulop nanti. Tak dek sapa lah nak angkut kau nanti. 

Ha, mencabar sangat la jungle trecking tu. Adoi. Kecuraman lebih kurang 60 degree. Licin, banyak pacat, buluh pun banyak, pokok duri boleh tahan banyak. Lagi ape lagi. Masa yang diambil lebih kurang 2 jam. 2 jam aku rasa macam 2 hari tahu? Badan dah letih. Lelah dah mula terasa. Tapi aku kuatkan jugak semangat. Alhamdulillah, pacat tak suka aku. so, aku tak kena pacat langsung. Tapi kan kadang-kadang aku perasan sorang yang ade pacat dalam seluar aku. padahal tak dek pong. Haha. *perasaan*. Sirius, kalau aku kena pacat, aku akan menangis lagi kuat dari aku menangis masa flying fox. Hiuw hiuw. *sikit-sikit menangis*






MERENTAS HALANGAN ! 

Merentas halangan nih aktiviti last bagi kiteorang. Apa yang aku boleh cakap, BOSAN! Ala, macam dekat PLKN tuh. *cewah macam aku pergi je PLKN* Orang cakap la kan. Aktiviti ni aku tak buat sangat sebab kaki aku tengah sakit lagi. Maksud aku, lutut aku kan baru lepas operation hari tuh. So abang tu cakap tak payah buat banyak sangat. Sirius! Macam askar wo!!! *jakun* Eksaitod aku tengok. Ha, ade 12 halangan 6 jer kot aku buat. Tak ada tenaga dah masa tu. huu. Antara halangan-halangan yang sempat di rakam, JENG JENG JENG !



tembok ! yang rendah untuk perempuan, yang tinggi untuk lelaki. yang ni aku tak buat

yang ni aku buat!

apa motif dorang ni aku tak tahu








Ha, tu jelah kot. Siapa cakap perempuan selembut aku nih tak boleh buat semua tu. HAHA *lembut ke?* Ok perasan jap. Baru aku tahu yang aku nih boleh la jugak hidup lam hutan. Walaupun first time kan camping. Not bad la. 

Lepas habis merentas halangan ni, balik dorm, mandi, kemas barang dan terus bertolak balik. Sirius, 2 hari tuh rasa macam sekejap sangat. Kalau boleh tak nak balik. EH! nak jugak balik! susah la kat sana tak dek line! Tapi lam hutan penuh lak line nya. Pelik betul. 

sepatutnya pakai baju merah. OK aku sorang jer pink hari tu. haha

Ok, pengalaman 2 hari tuh memang sangat bermakna bagi aku. yela, pengalaman mana boleh dibeli kan. Walaupun memenatkan , tapi aku puas hati,. Dah la free. Kan? HAHA 




Balik je dari camping, aku pulak demam. Yela, aku ade asthma, pergi lak camping. Ni pun aku pergi tanpa pengetahuan mak aku. Kalau tak confirm tak dapat pergi. Alhamdulillah, demam dah beransur ok. Cuma batuk-batuk je. untungla aku ada doktor yang jaga. Special gituw. kau hade? HIUW HIUW

GONNA MISS THOSE MOMENTS. THANKS FRIENDS :)

Assalamualaikum,